SADE
1013
PRINSIP-PRINSIP
KEUSAHAWANAN GROUP: AV
AHLI
KUMPULAN:
ALA'
NAJIHAH BINTI AHMAD JAZMAN 247785
NUR
SYARFA BINTI BURHANUDDIN 241698
FATIN
SYAHIDA BINTI MAT DIN 241885
NUR
ATIKAH BINTI KHALID 246380
HILWA
BINTI MOHD AYUB 247766
DISEDIAKAN
UNTUK: PN NORITA BINITI DERAMAN
1.0 PENGENALAN
Usahawanan ialah individu yang
mengusahakan sesuatu perusahaan perniagaan sehingga berjaya dengan motif
memperolehi keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik
untuk terus berjaya.
Mengikut Coulter (2002),
keusahawanan merupakan satu proses di mana individu atau sekumpulan individu
menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan
pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui
inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan.
Usahawan juga merupakan seorang yang mencipta dan mengoperasikkan perniagaan
secara aktif.
Mengikut Hisrich dan Peters
(2002), keusahawanan merupakan satu proses penciptaan sesuatu yang baru
ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik
dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang, kepuasan peribadi
dan kebebasan. Manakala usahawan adalah pereka yang merevolusikan corak terkini
melaui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru
pengambilalihan sesetengah aktiviti inovatif.
Terdapat pelbagai definisi
telah diberikan kepada usahawan dan keusahawanan. Antaranya ialah Kao (1995)
percaya bahawa keusahawanan adalah satu proses penciptaan kekayaan dan
usahawan-usahawan tersebut merupakan individu-individu yang terlibat dalam
proses tersebut. Beliau mendefinisikan keusahawan sebagai satu proses mencipta
sesuatu yangbaru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan
untuk individu dan menambah nialai kepada masyarakat dan usahawan.
Usahawan juga dikatakan
mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik, hebat serta mempunyai kompetensi
keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi
fungsi keusahawan dengan berkesan. Oleh itu, terdapat beberapa ciri – ciri
utama yang ada pada setiap tokoh usahawan berjaya di kongsikan dalam penulisan
ini. Disamping itu, terdapat juga tokoh pilih yang mempunyai lima ciri hebat
keusahawanan yang membimbing kejayaan buatnya.
2.0 TOKOH KEUSAHAWANAN DAN
CIRI-CIRI
2.1 TOKOH USAHAWAN 1: TAN SRI
SYED MOKHTAR AL BUKHARY
PROAKTIF
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan
anak dari hasil perkahwinan Syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary seorang yang suka mencuba. Walaubagaimana
pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sangat pintar dalam mata pelajaran
matematik dan beliau juga membantu ayahnya menyimpan buku kira-kira suatu
ketika dahulu. Tan Sri Syed Mokhtar terpaksa melangkah kealam pekerjaan semasa
beliau masih dibangku sekolah, disebabkan latar belakang keluarganya yang
susah. Setelah itu, beliau mengambil alih perniagaan dengan menjual daging.
Perniagaan yang beliau usahakan itu berjaya dan menambahkan keyakinan beliau
untuk memajukan diri dalam perniagaan. Kini, Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai
pelbagai jenis perniagaan. Antaranya ialah perniagaan yang merangkumi bidang
pengangkutan, alam sekitar, automotif dan gas.
Tan Sri Syed Mokhtar
al-Bukhary seorang yang suka mencuba. Beliau sentiasa mencari jalan untuk
menjadi proaktif dengan mencuba sesuatu yang baru dalam bidang keusahawanan. Antara
inisiatif yang diambil oleh Yayasan al-Bukhary yang diasaskan dari Tan Sri Syed
Mokhtar al-Bukhary, beliau membiayai pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan
dari seluruh ASEAN untuk belajar di Malaysia. Tan Sri Syed Mokhtar memang
dikenali seorang yang pemurah. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary telah
menderma kepada Pusat Pengajian Islam Oxford sebanyak RM775 million. Pusat
Pengajian Islam Oxford merupakan salah satu pusat pengajian Islam terkemuka di
dunia. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga telah mengambil inisiatif untuk
membiayai Projek di Langkawi.
2.2 TAN SRI T. ANANDA KRISHNAN
RANGKAIAN ( NETWORKING )
Nama penuh bagi Tan Sri T. Ananda Krishnan ialah Tatparanandam Ananda Krishnan atau lebih dikenali dengan nama AK. Pada awalnya beliau menceburi dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holdings Sdn Bhd. Kemudiannya, beliau cuba untuk terbang lebih tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industry perjudian, media, telekomunikasi dan industry jana tenaga.
Rangkaian merupakan hubungan
yang wujud di antara beberapa individu dengan individu yang lain. Dengan adanya
sebuah rangkaian perhubungan yang baik di antara satu sama lain, sesebuah
perniagaan itu dapat berkembang dengan lebih cepat dan efektif. Melalui
rangkaian juga, kesannya dapat mengurangkan persaingan serta dapat membantu
usahawan untuk melariskan lagi stok perniagaan mereka selain bertukar-tukar
pelanggan yang sedia ada antara mereka.
Sepertimana yang kita tahu, Ananda
Krishnan merupakan usahawan kedua terkaya di Malaysia. Beliau juga dikenali
sebagai seorang yang paling berpengaruh kerana beliau mempunyai empayar yang
merangkumi sektor-sektor utama iaitu telekomunikasi angkasa dan bumi seperti
Binariang Satellites Systems Sdn. Bhd., Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT
Broadcast Network Systems), dan Maxis Communications Berhad (Maxis), radio dan
televisyen iaitu Astro, perjudian seperti lumba kuda dan loteri Pan Malaysia
Pools. Sektor perkapalan dan industry minyak iaitu Bumi Armada, jana elektrik
iaitu Powertek Berhad dan perfileman juga merupakan empayar yang beliau miliki.
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya dengan membina rangkaian dia antara satu
sama lain dalam dunia perniagaan.
2.3 JIMMY CHOO
KREATIF
DAN INOVATIF
Jimmy choo dilahirkan pada tahun 1961
di Pulau Pinang, Malaysia. Bapa beliau telah menjalankan perniagaan membuat
kasut. Berjawatan sebagai pengurus atasan Syarikat Jimmy Choo Ltd. Konsep utama
Jimmy Choo adalah berkaitan rekaan yang menjadi tumpuan dan menarik minat
pelanggannya. Setiap masa, beliau akan mencari inspirasi dan idea untuk mereka
kasut yang unik dan selesa untuk dipakai oleh pelanggannya dan mendapat
kepercayaan daripada pelanggannya bahawa kasut beliau merupakan rekaan yang
‘first class’. Ciri-ciri yang terdapat pada Datuk Jimmy Choo adalah seorang
yang kreatif dan inovatif. Kita dapat lihat dari sikap Datuk Jimmy Choo yang
komited dengan kerjaya beliau dari sekecil-kecil perniagaan sehingga berjaya
pada hari ini. Idea kreatif dan inovatif beliau menyebabkan nama Datuk Jimmy
Choo terkenal di persada antarabangsa.
2.4 DATUK WAN MOHAMMAD SANI
SALLEH
Terdapat banyak ciri dan sifat
positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka. Menurut
kamus dewan edisi ke empat,maksud komitmen adalah sikap (pendirian atau
perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan
dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
merupakan antara usahawan yang memberikan komitmen yang tinggi.
Beliau pernah dianugerahkan dengan
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (2009). Sifat sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi, dapat di lihat dalam diri Datuk Sani Salleh
yang sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam perniagaan Sani Ekspresnya. Selain
itu, pada April 2009, SUSB memutuskan untuk meningkatkan tumpuan terhadap
industri hospitaliti,hartanah dan bengkel yang membuat dan memenuhi pelbagai
aktiviti ekonomi serta permintaan pasaran. Atas komitmen yang diberikan
menjadikan beliau lama-kelamaan telah menaikkan statusnya dalam bidang
perniagaan. Buktinya pada Ogos 2016, Sani Express Sdn Bhd menerima anugerah
lima bintang untuk Sijil Safety Star Grading daripada Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Pengiktirafan itu meliputi keseluruhan
sistem operasi sesebuah syarikat bas yang meliputi kriteria daripada aspek
pemandu, kenderaan, perjalanan dan dokumentasi. Ia juga dinilai dengan
terperinici dalam memastikan tahap terbaik untuk keselamatan dan keselesaan
pengguna dipenuhi.
2.5 DATUK YUSUF TAIYOOB
LOKUS
KAWALAN DALAMAN
Datuk Yusuf Taiyoob merupakan
seorang usahawan berjaya yang berumur 56 tahun dan berasal dari Georgetown,
Pulau Pinang. Antara jenis perniagaan yang dijalankan oleh Datuk Yusuf Taiyoob
ialah kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan. Seperti
yang kita sedia maklum, nama Datuk Yusuf Taiyoob cukup sinonim dengan
perniagaaan kurma di negara ini. Malah, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang juga
turut memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
telah ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai sebuah syarikat persendirian yang
bertapak di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Perkara yang
menarik tentang syarikat ini ialah binaan kompleks kilangnya yang terletak di
lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan. Hal ini
menyebabkan ribuan pemandu dapat melihat bangunan seluas lima hektar berwarna
coklat cair itu dengan jelas terpampang besar kalimah suci dua kalimah syahadah
dan nama Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd di satu sudut yang tinggi. Kini syarikat Yusuf
Taiyoob Sdn. Bhd. sangat dikenali di peringkat antarabangsa dan tempatan
sebagai pengimpot utama, pengedar, dan pembekal terbesar pelbagai jenis kurma
dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di
Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara. Syarikat
Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. telah membekalkan 100 produk makanan dan 35 jenis
kurma. Produk-produknya telah diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika
Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk
Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
Antara usahawan yang mempunyai lokus
kawalan dalaman yang tinggi ialah Datuk Yusuf Taiyoob. Nama Yusuf Taiyoob
memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma,
apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa
dan Kurma Madu Yuta. Hal ini telah menyebabkan beliau sering digelar sebagai
‘Raja Kurma Malaysia’. Seperti usahawan yang lain, Datuk Yusuf Taiyoob juga
mengalami pelbagai kesukaran dalam dunia perniagaannya sebelum mampu menjadi
usahawan yang berjaya. Dugaan yang dihadapi oleh Datuk Yusuf Taiyoob pada
ketika itu ialah beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa
dilihat terlebih dahulu sewaktu ingin mempromosikan minyak wangi yang diadunnya
sendiri. Namun begitu, penerimaan terhadap penjualan minyak wanginya pada
peringkat awal adalah sangat memberangsangkan sehinggalah pada satu ketika,
beliau telah jatuh sakit akibat tekanan yang dihadapi kerana penjualan minyak
wanginya jatuh merundum dengan teruk.
Kegagalannya dalam perniagaan
minyak wangi sebelum ini membuatkan beliau bertekad untuk beralih kepada
perniagaan lain dengan menjual barangan pengguna seperti rempah, kacang, kacang
gajus, badam dan kismis. Walaupun beliau menyedari wujud persaingan pada waktu
memulakan perniagaan kurma pada tahun 1990, namun beliau percaya sudah ada
pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti. Setelah
masyarakat semakin mula mengenali dan mempercayai produk beliau selama ini,
maka Datuk Yusuf Taiyoob mula mengambil keputusan untuk keluarkan produk dengan
jenamanya sendiri.
2.6 ROZITA BINTI IBRAHIM
Rozita bt Ibrahim dilahirkan di
Sungai Besar Selangor. Terdapat banyak kisah yang memilukan sebelum beliau
mencapai kejayaan yang memberikan kesan kepada diri Rozita bt Ibrahim. Usahawan
Rozita Bt Ibrahim mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan beliau berjaya sehingga
ke tahap ini iaitu, pengambil kira risiko yang tinggi. Beliau telah menjalankan
eksperimen terhadap diri beliau sebanyak 3 kali. Disebabkan kesan-kesan yang
dapat dilihat pada dirinya adalah positif, produk beliau semakin mendapat
sambutan hangat daripada pelanggan beliau. Dari kisah beliau, kita dapat lihat
bahawa Puan Rozita Bt Ibrahim merupakan seorang pengambil kira risiko yang
tinggi.
2.7 TAN SRI SM NASIMUDDIN SM
AMIN
Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang
lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat
terhadap kereta dan industri automobil. Pada tahun 1974, ketika berusia 21
tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu
bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan
automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta
buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa
setahun. Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah
sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan
beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat
setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi.
Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan
kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.
Dalam perniagaan, seorang
usahawan berorientasikan hasil analisis produktiviti pekerja berdasarkan
bilangan tugas yang beliau siapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti
produk atau perkhidmatan yang diberikan olehnya. Usaha melihat dan merebut
hasil yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila beliau
membeli 20 AP (permit import) lalu ke Jepun ,di mana beliau menghabiskan tiga
bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa
tiga bulan.
Pada tahun 1979, beliau membuka
cawangan di Kampung Baru ,Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan
peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.
3.0 TOKOH USAHAWAN YANG
MEMPUNYAI 5 CIRI KEUSAHAWANAN
LATAR BELAKANG
Tan Sri Anthony Francis
Fernandes atau dikenali sebagai Tony Fernandes yang kini berusia 52 tahun,
dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Bapa beliau bernama Dr. Stephen
Edward Fernandes dan ibu beliau, Ena Dorothy Fernandes. Semasa kecil beliau
sering mengikuti ibunya berniaga kecil-kecilan
dan ke majlis-majlis para peniaga
‘tupperware’. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di
England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada
tahun 1987. Beliau mula bekerja di Virgin Atlantic sebagai auditor,
kemudian pada tahun 1989 sebagai
pengurus kewangan di sebuah syarikat yang dimiliki oleh Richard Branson.
Pulangnya beliau ke Malaysia
beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn.Bhd.
Kemudiannya menjadi Naib Presiden serantau Asia Tenggara bagi Kumpulan Warner
Music. Fernandes meninggalkan untuk mengejar impiannya untuk memulakan satu
syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih. Walau bagaimanapun,
permohonannya untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan Malaysia telah ditolak.
Beliau berjaya mengasaskan
Tune Air Sdn. Bhd. Pada tahun 2001, dengan wawasan untuk menjadikan perjalanan
udara lebih mampu kepada rakyat Malaysia. Dengan itu dalam fikiran Tony dan
tiga orang rakan-rakan beliau telah membelikan AirAsia dari pemilik DRB-Hicom.
Pekerjaan Tony Fernandes sekarang ialah ‘Group Chief Executive Officer Director
of AirAsia Berhad dan founder of Tune Group Sdn Bhd , Chairman of Queens Park Rangers.
CABARAN DAN STRATEGI
PERNIAGAAN TONY FERNANDES
Air Asia ditubuhkan pada tahun
1993 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Diasaskan pada awalnya oleh syarikat
kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani
dengan hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Tony Fernandes melalui
syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune
Warner. Tune Air Sdn Bhd adalah nama
yang diguna pakai selepas Tony pengambil alihan pada harga token RM1.00. Sejak
diambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta
bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS
Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya
menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki
prestasi Air Asia dan merekodkan keuntungan.
Hub pertama yang dilancarkan
oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di
hub pertama, Air Asia memperkenal banyak laluan penerbangan yang baru dengan
tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula beroperasi pada tahun 2003
di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura.
Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya melonjakkan
namanya di sana.
Ciri-ciri Tony Fernandez:
3.1
Rangkaian
Rangkaian juga adalah salah satu ciri-ciri
usahawan yang ada pada Tony Fernandes. Ciri ini merujuk kepada rangkaian luaran
dan rangkaian dalaman. Pada awal projek Tony Fernandes ialah beliau ingin
mewujudkan syarikat penerbangan tambang murah dan beliau telah membuat
permohonan lesen dari kerajaan Malaysia, tetapi malangnya permohonan lesen
beliau ditolak. Semasa beliau berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau
menyatakan hasrat beliau yang ingin memiliki sebuah syarikat penerbangan.
Setelah perbincangan dibuat, hasilnya
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan kepada Tony Fernandes untuk membeli
syarikat penerbangan Air Asia. Walaupun syarikat Air Asia mengambil masa yang
agak lama untuk kukuh tetapi lama kelamaan akan nampak jua keberhasilan dan kejayaan
syarikat itu.
3.2
Proaktif
Seperti yang kita sedia maklum, tokoh
usahawan yang proaktif boleh dikaitkan dengan tokoh yang bernama Tan Sri Tony
Fernandes. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, proaktif bermaksud bersikap
positif dalam merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal
daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Usahawan yang
mempunyai sikap proaktif dapat mengenalpasti dan mengeksploitasi
peluang-peluang yang ada di depan mata tanpa menunggu ianya datang bergolek.
Tan Sri Tony Fernandes juga telah mengambil langkah proaktif untuk memulihkan
syarikat penerbangannya iaitu Air Asia yang berada dalam keadaan bahaya pada
ketika itu dengan melaksanakan satu proses pemulihan agar dapat memulihkan masalah
kewangan syarikat tersebut dan berkat usahanya, beliau telah berjaya mencapai
keuntungan yang pertama selepas 7 bulan syarikat penerbangan tersebut
beroperasi. Hal ini demikian kerana Syarikat Air Asia sebelum ini telah
mengalami masalah apabila syarikat tersebut terpaksa menangung hutang sebanyak
RM 40 juta. Setelah daripada itu, Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil
keputusan yang proaktif apabila beliau ingin mewujudkan sebuah syarikat
penerbangan tambang rendah atau berkos rendah yang paling berjaya.
3.3
Berani mengambil risiko
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
risiko bermaksud kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Antara salah satu ciri yang perlu ada dalam setiap
usahawan ialah berani mengambil risiko yang diperhitungkan. Seperti yang kita
sedia maklum, Tan Sri Tony Fernandes merupakan contoh yang sangat tepat untuk
dikaitkan dengan ciri usahawan yang berani mengambil risiko. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kisah beliau sebelum bergelar usahawan berjaya sehingga
mampu menempah nama diperingkat antarabangsa. Tan Sri Tony Fernandes dikatakan
sebagai usahawan yang berani mengambil risiko apabila beliau mula membuat
keputusan pertamanya untuk beralih arah daripada bidang muzik kepada suatu
bidang yang sangat mencabar iaitu bidang keushawanan sehinggalah beliau mampu
untuk menerajui industri pelancongan kini. Akhirnya segala usaha yang dilakukan
oleh beliau berhasil apabila Air Asia berjaya merekod dan memperoleh pelbagai
anugerah cemerlang setelah syarikat yang sebelum ini pernah dibebani oleh
hutang tersebut berjaya dibangunkan oleh Tan Sri Tony Fernandes.
3.4
Kreatif dan inovatif
Menurut Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat kreatif di definisikan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk
mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru
melalui kemahiran imaginasi. Inovatif pula boleh didefinisikan sebagai kaedah
mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama
ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ciri kreatif yang ditunjukkan
oleh Tan Sri Tony Fernandez dari segi penjimatan kos ialah beliau menggunakan
satu jenis pesawat iaitu Boeing 737-300 terbaru dan hanya mempunyai kakitangan
seramai 250 orang. Seterusnya, beliau juga kreatif dalam membuka cawangan Tune
Hotel di serata dunia iaitu 12 hotel di Malaysia, 10 hotel di Indonesia, enam
hotel di United Kingdom, lapan hotel di Filipina, tiga hotel di Thailand, empat
di Australia dan 30 di India. Tan Sri Tony Fernandez juga merupakan seorang
yang inovatif kerana beliau mampu membuat transformikan perjalanan udara yang
mampu milik kepada semua golongan yang bukan hanya tertumpu kepada golongan
elit sahaja. Dalam perkhidmatan dan
tawarkan oleh Air Asia adalah sangat berbaloi jika dipandang dari sudut kos dan
perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh penumpang.
3.5
Berorentasikan perniagaan
Perancangan merupakan satu aspek
yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tan Sri Tony Fernandes menggunakan
ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi organsasi syarikat
AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta
dapat meningkatkan prestasi organisasi sekiranya melakukan tugasan yag melibatkan
kemahiran, pengalaman dan penilaian. Sebagai contoh, Tan Sri Tony Fernandes
menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi Air Asia faktor utama yang
menyumbangkan kepada kemajuan dan kejayaan AirAsia adalah peranan yang
dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat Air Asia
dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat
kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang
terlalu tinggi. Bagi melahirkan pekerja berorientasikan pasukan yang berkesan,
AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya
malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang
bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua
pekerja.
4.0 Kesimpulan
Keusahawanan merupakan satu
bidang yang baik untuk diceburi. Untuk menjadi usahawan yang Berjaya bukan
sahaja mempunyai minat, malah perlu mempunyai sikap atau identiti diri untuk
membolehkan menjadi usahwan. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi
kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keushawanan yang ada pada
kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah
disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi,
fokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan diri.
Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDelete